Khamis, 5 September 2013

IHTIFAL j-QAF PERINGKAT DAERAH

TARIKH: 29/8/2013
HARI: KHAMIS
TEMPAT: SK KAMPONG PASIR PUTEH

KEPUTUSAN PERTANDINGAN SKPPH

KALAM JAMAIE  : JOHAN
KUIZ                      : NAIB JOHAN
WIRID & DOA     : TEMPAT KE-3
JAWI (L)               : TEMPAT KE-3

JAWI (P)               : TEMPAT KE-3

Selasa, 3 September 2013

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN SKPPH 2013

TEMA: MALAYSIAKU BERDAULAT TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
TARIKH: 30 OGOS 2013
HARI: JUMAAT (7.30 PAGI)
TEMPAT: DEWAN SERBAGUNA SKPPH

Aturcara Majlis;

7.30 pagi - Berkumpul di dewan
               - Ketibaan tetamu jemputan
               - Ucapan aluan pengacara majlis
               - Bacaan doa
               - Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Perak dan lagu Patriotik
               -Ucapan Guru Besar dan Pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan
               -Ucapan Pemimpin Tempatan, Ketua Kampung Batu 8 (En. Abd Rahman Bin Ahmad)
               -Aktiviti kebahasaan, sajak dan pantun
               -Laungan Merdeka

Gambar-gambar sekitar majlis berlangsung;















MAJLIS IHYA’ RAMADAN & KHATAM AL-QUR’AN 1434H / 2013M

TARIKH      : 2 OGOS 2013
HARI           : JUMAAT
MASA         : 7.40 PAGI
TEMPAT     : SK PASUKAN POLIS HUTAN


Gambar-gambar sekitar majlis berlangsung; 












Selasa, 23 Julai 2013

CERAMAH KESELAMATAN

Penceramah: Sub Inspektor Hashim Bin Husin - IPD Ipoh.
Lokasi: Dewan SKPPH





Penceramah menerangkan mengenai kepentingan keselamatan samada di rumah atau di sekolah. Beliau menegaskan bahawa pisau, mancis api dan buih sabun merupakan faktor-faktor utama yang perlu di ambil kira untuk menjamin keselamatan di rumah.

Sub Inspektor Hashim juga menjelaskan tentang keselamatan dari rumah ke sekolah dan dari sekolah ke rumah. Antara isi penting ialah pelajar dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati ketika menaiki basikal atau motosikal. Beliau juga melarang pelajar mengeluarkan kepala ke luar dari tingkap bas atau kereta untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Selain itu, penceramah tidak ketinggalan mengingatkan pelajar mengenai keselamatan di sekolah seperti di tangga, tandas dan juga kantin. Di dalam ucapan beliau menegaskan agar pelajar sentiasa berhati-hati menggunakan pengasah pensel seperti pisau lipat dan tidak menyalahgunakan pisau lipat tersebut.



Akhir kata, penceramah berpesan kepada pelajar supaya menjaga diri masing-masing dan belajar bersungguh-sungguh agar menjadi masyarakat yang berguna.

Isnin, 24 Jun 2013

PERKHEMAHAN PUTERI PPIM DAERAH KINTA UTARA 2013

Tarikh; 22 Jun 2013
Tempat: SK Wira Jaya

Perkhemahan ini dihadiri oleh unit berunifom Puteri Islam sekolah-sekolah sekitar Kinta Utara. SKPPH telah menghantar 2 orang murid tahun 5 ke perkhemahan tersebut iaitu Nurin Nadirah Binti Mat Desa dan Amirah Mursyidah Binti Mohd Nizam. Perkhemahan tersebut diadalah selama 3 hari bermula 21 Jun 2013 hingga 23 Jun 2013.






KARNIVAL BOLA JARING HARI GURU PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA 2013

Tarikh: 22 Jun 2013
Tempat: Padang SKPPH
Peserta: 1. SKPPH 2. SK Jelapang 3. SK Klebang Jaya 4. SMK Perempuan Methodist Ipoh

Keputusan:

Tempat pertama: SMK Perempuan Methodist Ipoh
Tempat kedua: SK Klebang Jaya
Tempat ketiga: SKPPH









LAWATAN KERJA ADUN HULU KINTA KE SKPPH

Adun Hulu Kinta, Dato Aminuddin Bin Md Hanafiah juga Naib Ketua UMNO Bahagian Tambun.

Dato Aminuddin mengadakan perbincangan dengan Guru Besar SKPPH mengenai perkembangan semasa di    SKPPH. Pertemuan diakhiri dengan perjumpaan bersama guru-guru tahun 6. Beliau juga telah memberikan kata-kata semangat bagi peningkatan akademik murid-murid tahun 6.





SELANGKAH KE SEMINAR SERIBU PENGETAHUAN

Tarikh: 12 Jun 2013
Nama Penceramah: Dr. Khairul Khashimi Bin Abdul Aziz

Target: Murid-murid Tahun 6

Majlis dihadiri oleh murid-murid tahun 4,5 dan 6. Majlis tersebut diadakan di Dewan SKPPH.
Majlis seterusnya pada 16 Jun 2013 di Dewan SM Izuddin Shah, Ipoh dan dihadiri oleh 73 orang murid tahun 6. Agenda utama majlis ini ialah perbincangan mengenai Teknik Menjawab Soalan-soalan peperiksaan UPSR.





Rabu, 22 Mei 2013

SEMINAR INTEGRITI WARGA PENDIDIK (SWIP) KE-4 2013

Tempat: SJK(C) Wan Hwa (2)
Tarikh: 18 Mei 2013 (Sabtu)
Anjuran: PPD Kinta Utara
Penceramah Jemputan : En. Krishian a/l Gobal, Pesara guru cemerlang Matematik