Khamis, 31 Januari 2013

VERIFIKASI PEMANTAUAN PENCALONAN NEW DEALS/BAI'AH




TARIKH : 30 JANUARI 2013

TEMPAT : SKPPH
Pada 30 Januari 2013 yang lepas, seramai 3 orang pemantau (Nazir) telah hadir ke SKPPH untuk menilai berkaitan pemberian Bai'ah kepada pihak sekolah. Sama ada pencalonan ini berjaya atau tidak, sekurang-kurangnya warga SKPPH mendapat pengalaman yang berguna untuk memantapkan lagi SKPPH dan profesionalisme guru.

Selasa, 29 Januari 2013

MAJLIS PERPISAHAN EN ISMAIL B YUSOF



TARIKH : 29 JANUARI 2013
TEMPAT : DEWAN SKPPH

Majlis perpisahan En Ismail B Yusof ( Pen Kanan Petang ) telah dilaksanakan dengan jayanya dan penuh meriah. Beliau telah menyampaikan ucapan dan kata-kata nasihat kepada guru-guru dan murid-murid sebelum meninggalkan SKPPH kerana bertukar ke SK Batu Hampar, Beruas sebagai Guru Besar yang baru di sana. Kami warga SKPPH mengucapkan TAHNIAH dan SELAMAT TINGGAL...

Ahad, 20 Januari 2013

PEMBERIAN WANG BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN RM 100 2013


TARIKH : 17 DAN 18 JANUARI 2013
MASA :  LIHAT JADUAL
TEMPAT : LIHAT JADUAL
TAHUN : TAHUN 1 HINGGA 6 DAN PENDIDIKAN KHAS
* IBUBAPA DIINGATKAN MEMBAWA BERSAMA SESALINAN KAD PENGENALAN IBUBAPA @PENJAGA DAN SESALINAN SIJIL LAHIR ANAK.


HARI PENDAFTARAN TAHUN 1 2013




TARIKH : 31 DISEMBER 2013
MASA    : 8.00 HINGGA 11.00 PAGI
TEMPAT: SKPPH




LOGO DAN VISI SERTA MISI SKPPH

SKPPH logo.jpg
LOGO SEKOLAH