Selasa, 23 Julai 2013

CERAMAH KESELAMATAN

Penceramah: Sub Inspektor Hashim Bin Husin - IPD Ipoh.
Lokasi: Dewan SKPPH





Penceramah menerangkan mengenai kepentingan keselamatan samada di rumah atau di sekolah. Beliau menegaskan bahawa pisau, mancis api dan buih sabun merupakan faktor-faktor utama yang perlu di ambil kira untuk menjamin keselamatan di rumah.

Sub Inspektor Hashim juga menjelaskan tentang keselamatan dari rumah ke sekolah dan dari sekolah ke rumah. Antara isi penting ialah pelajar dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati ketika menaiki basikal atau motosikal. Beliau juga melarang pelajar mengeluarkan kepala ke luar dari tingkap bas atau kereta untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Selain itu, penceramah tidak ketinggalan mengingatkan pelajar mengenai keselamatan di sekolah seperti di tangga, tandas dan juga kantin. Di dalam ucapan beliau menegaskan agar pelajar sentiasa berhati-hati menggunakan pengasah pensel seperti pisau lipat dan tidak menyalahgunakan pisau lipat tersebut.



Akhir kata, penceramah berpesan kepada pelajar supaya menjaga diri masing-masing dan belajar bersungguh-sungguh agar menjadi masyarakat yang berguna.