Khamis, 28 Februari 2013

PROGRAM MENTOR MENTEE SKPPH 2013

Konsep: Membangun Sahsiah Diri Murid Melalui Budaya Amalan Penyayang.

Objektif:  
  • Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-menghormati antara mentor dan mentee.
  • Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.
  • Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan mereka.
Pelaksanaan:
  • Sebulan satu kali sekurang-kurangnya setengah jam.
  • Perjumpaan minimum adalah 10 kali setahun.
Semua guru dilantik menjadi mentor. Setiap kelas mempunyai sekurang-kurangnya dua orang mentor.

PERTANDINGAN MERENTAS DESA PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA

Pada 23 Februari 2013, Pertandingan Merentas Desa Peringkat Daerah Kinta Utara telah diadakan di SKJT Padang Menglembu, Buntong. 

Dua orang murid SKPPH telah menjadi wakil Daerah Kinta Utara. SKPPH telah menerima piala pusingan Naib Johan Keseluruhan Pertandingan Merentas Desa Kinta Utara 2013.

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL 2013

Pada 16 Feb 2013, Majlis Sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah telah diadakan di Dewan SKPPH bermula pada 8.00 pagi hingga 11.00 pagi.