Khamis, 28 Februari 2013

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL 2013

Pada 16 Feb 2013, Majlis Sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah telah diadakan di Dewan SKPPH bermula pada 8.00 pagi hingga 11.00 pagi. 


Matlamat

Mendidik pelajar supaya sayangkan Nabi, mengingati dan menghayati sirah kelahiran Nabi Muhammad dan mengagungkan kebesaran Allah SWT sejajar denagn Falsafah Pendidikan Islam untuk melahirkan pelajar yang mempunyai nilai-nilai murni.

Objektif

  • Melahirkan pelajar yang celik sirah Nabi.
  • Menyuntik semangat pelajar supaya cintakan Nabi Muhammad SAW.
  • Mendidik pelajar agar sentiasa melakukan perintah Allah SWT.



Para murid berbaju melayu lengkap dan berbaju kurung menghadiri majlis.


Sekitar jam 820 pagi Ustaz Nordin Ahmad Bin Sidek sebagai penceramah jemputan hadir.


Guru Besar, Penolong Kanan dan Ustaz Azhar menyambut ketibaan penceramah jemputan.


Ucapan alu-aluan oleh Puan Sarifah Noraainon bt Syed Kamaruddin, Guru Besar SKPPH.


Piala Tokoh Maulidurrasul 2013


Cik Hasnol Taqiuddin Bin Cik Sazali sedang menerima piala Tokoh Maulidurrasul Lelaki 2013.


Nur Azmira Bt Ahmad pula sebagai Tokoh Maulidurrasul Perempuan 2013.


Majlis berakhir dengan bacaan Yasin oleh para guru SKPPH.