Khamis, 31 Januari 2013

VERIFIKASI PEMANTAUAN PENCALONAN NEW DEALS/BAI'AH




TARIKH : 30 JANUARI 2013

TEMPAT : SKPPH
Pada 30 Januari 2013 yang lepas, seramai 3 orang pemantau (Nazir) telah hadir ke SKPPH untuk menilai berkaitan pemberian Bai'ah kepada pihak sekolah. Sama ada pencalonan ini berjaya atau tidak, sekurang-kurangnya warga SKPPH mendapat pengalaman yang berguna untuk memantapkan lagi SKPPH dan profesionalisme guru.
Sedikit maklumat berkaitan BAI'AH...
Ucapan Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang progresif semasa Majlis Perhimpunan Bersama Anggota Pentadbiran dan Penjawat Awam serta GLC di Dewan Plenari PICC pada 27 Julai 2009.
"Lantas hari ini saya akan meletakkan KPI kepada 6 jurusan NKRA. Untuk setiap NKRA akan dikenal pasti pula KPI-KPInya dengan sasaran secara khusus agar dapat diukur.Dengan adanya KPI ini, maka segala prosedur akan diperkemas, segala sumber dan tenaga dalam organisasi akan digembeling dan segala usaha akan ditumpu untuk mencapai sasaran yang dipateri dalam satu tempoh masa munasabah yang dijanjikan".

Apa dia NKPI KPM....
Mari kita mentafsir NKPI Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah :

NKRA 3: MELUASKAN AKSES PENDIDIKAN BERKUALITI DAN BERKEMAMPUAN - Pendidikan Prasekolah Dijadikan sebahagian Sistem Pendidikan Kebangsaan dalam aliran perdana bagi memperluaskan akses pendidikan berkualiti.
NKPI 1
MENINGKATKAN KADAR PENYERTAAN MURID PRASEKOLAH SEBANYAK 20 % PADA AKHIR TAHUN 2012 DENGAN MEMASUKKAN SEMUA PRASEKOLAH KERAJAAN DAN SWASTA DALAM SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN  
NKPI 2
SEMUA MURID NORMAL BOLEH MENGUASAI KEMAHIRAN LITERASI DAN NUMERASI SELEPAS TIGA TAHUN MENGIKUTI PENDIDIKAN RENDAH PADA AKHIR 2012 

NKPI 3
MEMBANGUNKAN 100 BUAH SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI 
NKPI 4
NEW DEALS/BAI'AH UNTUK PENGETUA DAN GURU BESAR BERDASARKAN PERFORMANCE BASED ASSESSMENT - Penjelasan:Memantapkan kualiti kepimpinan sekolah dengan memastikan pemilihan pemimpin sekolah ini bukan sahaja berdasarkan kepada kekananan tetapi perlu wujud proses yang lebih telus dan luwes serta memilih yang terbaik dan berbakat.
NKPI 5
MENINGKATKAN PENYERTAAN PELAJAR SEBANYAK 100% DALAM ALIRAN VOKASIONAL DAN TEKNIK
NKPI 6
SEMUA SEKOLAH MENDAPAT BEKALAN ELEKTRIK 24 JAM PADA AKHIR TAHUN 2012

Ganjaran Kepada Guru Besar.
•      Penilaian  Ke Atas Guru Besar Dilakukan Pada Penghujung Pusingan Tahun Penilaian Semasa Setelah Keputusan UPSR Diumumkan & Markah   SKPM Di Isi Ke Dalam Portal Oleh Guru Besar – PENILAIAN BERMULA TAHUN 2010  
•          PENCAPAIAN Guru Besar DIUKUR SEBAGAI SKOR KOMPOSIT  
•          SKOR GPS (70%) + SKOR SKPM (30%)  
•          Guru Besar  BERKHIDMAT DI SEKOLAH BERKENAAN  MELEBIHI 6 BULAN  
•          SEKOLAH LAYAK DINILAI DAN MELALUI SARINGAN APABILA;  
•          SKOR KOMPOSIT LEBIH 84% (Kategori 1)  
•          RANKING LONJAKAN SEBANYAK 2050 (Kategori 2)  
•          BEZA SKOR KOMPOSIT – 6.33 (Kategori 3)  
•          Verifikasi Ke Atas  Sekolah Berjaya Saringan  Berdasarkan  Portal Nkra- Tawaran Baru  Akan Di Lawati Oleh  
•          Nazir  
•          Bahagian Audit Sekolah  
•          Jpn/Ppd  
•          (sjk&panel lnpt negeri)  
•          SYARAT PERAKUAN  LAYAK TERIMA GANJARAN  
Syarat Diperakukan Ganjaran Kepada Guru Besar                                            
•          Audit tanpa  berteguran (*pada tahun penilaian)  
•          Guru Besar bebas tindakan tatatertib  
•          lnpt Guru Besar melebih 90%  
•          Pencapaian linus lebih 90% (bagi sek.84%)  
•          Meningkat 50% dari  saringan 1 (bagi sek lonjakan 2050)  
•          Diperaku oleh jk panel penilai yg dipengerusikan oleh  Ksu Kpm.  
•          Penilaian untuk tahun 2010.  
•          Verifikasi untuk sekolah rendah akan bermula 6-18 januari 2011.  
•          Pengumuman penerima ganjaran adalah pada 31 januari 2011.  
Tiada Tawaran Baru Kepada
•          Guru Besar baru dilantik kurang dari 6 bulan pada tahun penilaian  
•          Guru Besar  sedang berkhidmat di sekolah baru yang belum ada  peperiksaan awam  
•          Guru Besar  akan bersara kurang 6 bulan pada tahun penilaian  
•          Guru Besar  tiada di sekolah melebihi 6 bulan secara berterusan.  
Sekolah Layak Tapi Tanpa Guru Besar
•          Dengan syarat Guru Penolong Kanan menanggung kerja;  
•          Guru Penolong Kanan tanggung kerja Guru Besar melebihi 6 bulan  
•          Tawaran baru di beri kepada Guru Penolong Kanan tersebut  
•          Ganjaran diberikan secara prorata (proportionate) bukan sepenuhnya.  
Ganjaran Kepada Guru
•          Bagi sekolah yang GBnya mendapat ganjaran, guru-gurunya juga layak dipertimbangkan ganjaran dengan syarat:  
•          Guru tersebut telah berkhidmat di sekolah itu melebihi 6 bulan.  
•          Mencapai SKT/KPI mengikut LNPT dan bukan prestasi statik  
•          Bebas daripada Tindakan Tatatertib.  
•          Tidak meninggalkan sekolah melebihi 6 bulan untuk cuti tanpa gaji, sambung belajar dll.  
•          Tidak akan bersara dalam tempoh kurang 6 bulan pada tahun penilaian.
Syarat Pemberian Tawaran Baru (New Deals)
TINDAKAN JPN/PPD  
·         JPN/PPD  mempengerusikan jawatankuasa Panel Penilai LNPT sekolah. 
·         Urusetia : Unit Naik Pangkat SKPP,JPN. 
·         Jawatankuasa Panel Penilai terdiri daripada: 
  Pengerusi : Pengarah / PPD 
  AJK : Ketua-ketua Sektor / Timbalan PPD 
           Guru Besar / Pengetua (bagi SM) 
           Guru Penolong Kanan 1 
           Guru Kanan Mata Pelajaran ( jika SM)  
Bentuk Ganjaran ( Tawaran Baru Guru Besar )
•          Ganjaran kewangan  
•          Insentif khas berbentuk wang – diberikan setiap tahun kepada GB yang memenuhi  syarat-syarat yang ditetapkan.  
•          Ganjaran GB RM7500, 5% LNPT tertinggi Guru RM1800 dan 95% Guru berikutnya RM900 .  
•          Ganjaran bukan kewangan  
PEMANTAUAN SEDANG DILAKSANAKAN DI BILIK MESYUARAT DAN PERSEKITARAN SEKOLAH