Ahad, 20 Januari 2013

HARI PENDAFTARAN TAHUN 1 2013




TARIKH : 31 DISEMBER 2013
MASA    : 8.00 HINGGA 11.00 PAGI
TEMPAT: SKPPH




Pendaftaran murid baru Tahun 1 dan Prasekolah sesi 2013 telah diadakan pada 31 Disember 2013, jam 8.00 pagi. Seramai 108 murid Tahun 1 sesi 2013 dan 63 murid Prasekolah mendaftar pada hari tersebut. Kehadiran ibu bapa/penjaga murid Tahun 1 dan Prasekolah pula adalah seramai 133.


Program Transisi dan Guru Penyayang merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah atau pun di prasekolah ke pendidikan secara formal di Tahun Satu. Program ini dilaksanakan dalam tempoh 3 minggu. Adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran secara formal.


TENTATIF PROGRAM
8.00 pagi
Pendaftaran dan Penyerahan Murid-Murid Tahun 1 kepada Guru Kelas
8.30 pagi
Ucapan Aluan Pengacara Majlis
Ucap Utama Oleh Pn. Guru Besar
Taklimat Transisi dan Pembelajaran Penyayang oleh PK HEM
 Disiplin & Undang-Undang Sekolah
 Buku Kesihatan
 Borang Butir Diri
 Borang Maklumat Murid (BMM)
Taklimat KSSR oleh Pn. Sarina bt Desa
Taklimat PBS oleh Pn. Norhayati bt Yeop Kamarudin
Taklimat LINUS oleh Pn. Wan Muslima bt Mat Hussin
10.30 pagi
Penyerahan Dokumen Murid kepada Guru Kelas
11.00 pagi
Bersurai

 SUASANA SEMASA HARI PENDAFTARAN TAHUN 1 2013

Semasa pendaftaran

Ibu bapa sedang mendengar taklimat

Kesungguhan ibu dan bapa sedang mendaftarkan anak masing-masing

Ibu dan bapa murid-murid Tahun 1 2013

Ibu bapa sedang menunggu taklimat dimulakan

Puan Guru Besar sedang memberi ucapan

Barisan pentadbir sekolah

Ibu dan bapa sedang khusyuk mendengar taklimat