Selasa, 29 Januari 2013

MAJLIS PERPISAHAN EN ISMAIL B YUSOF



TARIKH : 29 JANUARI 2013
TEMPAT : DEWAN SKPPH

Majlis perpisahan En Ismail B Yusof ( Pen Kanan Petang ) telah dilaksanakan dengan jayanya dan penuh meriah. Beliau telah menyampaikan ucapan dan kata-kata nasihat kepada guru-guru dan murid-murid sebelum meninggalkan SKPPH kerana bertukar ke SK Batu Hampar, Beruas sebagai Guru Besar yang baru di sana. Kami warga SKPPH mengucapkan TAHNIAH dan SELAMAT TINGGAL...

Al Kisah..... ISMAIL BIN YUSOF!!!!
Dilahirkan dan dibesarkan di Teluk Intan, Perak pada tanggal 5 Julai 1968..Beliau mula bersekolah di SRK Horly Methodist, Teluk Intan dari tahun 1974 hingga 1980. Meneruskan pengajian ke peringkat menengah di SMK Horly Methodist, Teluk Intan bermula tahun 1981 hingga 1987. 
Beliau seterusnya melanjutkan pengajian ke Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Pahang pada tahun 1988 hingga 1990 dalam Pengajian Melayu. Pada tahun 1991 bermulalah alam pekerjaan beliau yang pertama sebagai guru apabila ditempatkan di SK Bukit Kapar, Klang Selangor hingga tahun 1995. 
Seterusnya, beliau ditempatkan di SK Sri Pangkor, Pulau Pangkor bermula 1996 hingga 1997. Setelah setahun di sana, beliau ke SK Sri Manjung pada tahun 1997 hingga 2000. Pada tahun 2000 hingga 2005, beliau mula bertugas sebagai Penyelaras Pusat Kegiatan Guru Sri Manjung di Sri Manjung, Perak. Pada tahun 2006, beliau dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak hingga tahun 2010.
Tanggal 16 Februari 2011 beliau telah ditugaskan di Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan sebagai Penolong Kanan Petang sehingga 15 Januari 2013. Kini, beliau dinaikkan pangkat lagi sebagai Guru Besar di SK Batu Hampar, Beruas dan akan memulakan tugas beliau di sana setelah selesai urusan di sini. JASAMU TETAP DIKENANG..


SEKILAS MAJLIS PERPISAHAN EN ISMAIL B YUSOF




UCAPAN PERPISAHAN DARIPADA EN ISMAIL B YUSOF

MURID KHUSYUK MENDENGAR AMANAT BELIAU

SESI BERGAMBAR BERSAMA WARGA GURU SESI PETANG
SESI BERSALAMAN BERSAMA MURID-MURID



SELAMAT TINGGAL DAN SEMOGA BERJUMPA LAGI DARI KAMI WARGA SKPPH...