Isnin, 3 Februari 2014

SELAMAT DATANG 2014


 Salam 2014
Rasanya masih belum terlambat untuk kami mangucapkan Selamat Datang 2014 dari kami WARGA SKPPH.
Tahun 2013 telah pun berlalu.. kini tiba pula 2014 yang begitu berwarna-warni, ceria dan hebat. Semoga segala apa yang diazamkan pada tahun lalu berjaya ditunaikan dan harapan dari kami juga semoga pada tahun 2014 ini akan memberi seribu kejayaan buat semua.

Khamis, 5 September 2013

IHTIFAL j-QAF PERINGKAT DAERAH

TARIKH: 29/8/2013
HARI: KHAMIS
TEMPAT: SK KAMPONG PASIR PUTEH

KEPUTUSAN PERTANDINGAN SKPPH

KALAM JAMAIE  : JOHAN
KUIZ                      : NAIB JOHAN
WIRID & DOA     : TEMPAT KE-3
JAWI (L)               : TEMPAT KE-3

JAWI (P)               : TEMPAT KE-3

Selasa, 3 September 2013

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN SKPPH 2013

TEMA: MALAYSIAKU BERDAULAT TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
TARIKH: 30 OGOS 2013
HARI: JUMAAT (7.30 PAGI)
TEMPAT: DEWAN SERBAGUNA SKPPH

Aturcara Majlis;

7.30 pagi - Berkumpul di dewan
               - Ketibaan tetamu jemputan
               - Ucapan aluan pengacara majlis
               - Bacaan doa
               - Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Perak dan lagu Patriotik
               -Ucapan Guru Besar dan Pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan
               -Ucapan Pemimpin Tempatan, Ketua Kampung Batu 8 (En. Abd Rahman Bin Ahmad)
               -Aktiviti kebahasaan, sajak dan pantun
               -Laungan Merdeka

Gambar-gambar sekitar majlis berlangsung;















MAJLIS IHYA’ RAMADAN & KHATAM AL-QUR’AN 1434H / 2013M

TARIKH      : 2 OGOS 2013
HARI           : JUMAAT
MASA         : 7.40 PAGI
TEMPAT     : SK PASUKAN POLIS HUTAN


Gambar-gambar sekitar majlis berlangsung; 












Selasa, 23 Julai 2013

CERAMAH KESELAMATAN

Penceramah: Sub Inspektor Hashim Bin Husin - IPD Ipoh.
Lokasi: Dewan SKPPH





Penceramah menerangkan mengenai kepentingan keselamatan samada di rumah atau di sekolah. Beliau menegaskan bahawa pisau, mancis api dan buih sabun merupakan faktor-faktor utama yang perlu di ambil kira untuk menjamin keselamatan di rumah.

Sub Inspektor Hashim juga menjelaskan tentang keselamatan dari rumah ke sekolah dan dari sekolah ke rumah. Antara isi penting ialah pelajar dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati ketika menaiki basikal atau motosikal. Beliau juga melarang pelajar mengeluarkan kepala ke luar dari tingkap bas atau kereta untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Selain itu, penceramah tidak ketinggalan mengingatkan pelajar mengenai keselamatan di sekolah seperti di tangga, tandas dan juga kantin. Di dalam ucapan beliau menegaskan agar pelajar sentiasa berhati-hati menggunakan pengasah pensel seperti pisau lipat dan tidak menyalahgunakan pisau lipat tersebut.



Akhir kata, penceramah berpesan kepada pelajar supaya menjaga diri masing-masing dan belajar bersungguh-sungguh agar menjadi masyarakat yang berguna.