Sabtu, 7 Januari 2017

LATAR BELAKANG SEKOLAH

"KAMI CEMERLANG MURID GEMILANG "


LATAR BELAKANG SEKOLAH
SEJARAH SEKOLAH

_____________________________________________________
Pembinaan Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan, Ulu Kinta bermula dalam tahun 1967 dan siap untuk kegunaan pada 6 Mei 1968 . Ianya dibina di atas tapak seluas lebih kurang 3 ekar yang di hadiahi oleh pihak Briged Utara Pasukan Polis Hutan. Sehubungan dengan pemberian tapak ini, nama sekolah telah diabadikan berasaskan pasukan tersebut iaitu Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan, Ulu Kinta.
      
        Pada permulaannya sekolah ini hanya mempunyai sebuah blok bangunan dua tingkat dan sebuah kantin. Tenaga guru dan kakitangan bukan guru berjumlah seramai 17 orang. Jumlah muridnya seramai 465 orang yang dibahagikan kepada 11 kelas.7 kelas di sesi pagi dan 4 kelas di sesi petang. Tanggal 9 Mac 1969 merupakan hari bersejarah kerana sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia,
Encik Mohd Khir Johari. Pada 10 Jun 1969 tempat pancutan air dibina di tepi bangunan sekolah untuk mencantikkan kawasan sekolah. Perpustakaan pula dapat dijalankan dengan sepenuhnya pada 4 Julai 1969.
Hasil daripada pertambahan murid, bangunan sekolah ini turut bertambah menjadi 3 blok bangunan bilik darjah. Sehingga itu jumlah murid ialah 1044 iaitu 533 di sesi pagi dan 511 di sesi petang. Untuk menampung jumlah murid seramai ini, pihak Jabatan Pelajaran Negeri meluluskan pembukaan 26 kelas. Murid-murid di sekolah ini terdiri daripada murid-murid lelaki dan perempuan yang sebahagian besarnya adalah anak-anak anggota Gerakan Am
(PGA) Briged Utara.
Seterusnya pada tahun 2002, dua blok tambahan telah dibina, mengandungi bilik guru, bilik mesyuarat, bilik komputer, bilik Sains, bilik Kemahiran Hidup, bilik Stor buku teks, bilik Pembangunan staf dan ruang serbaguna. Lantaran itulah pada Januari 2003, Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan telah memungkinkan perubahan sesi persekolahan dari dua sesi kepada satu sesi. Bilangan murid ketika itu ialah 1052 orang dan 85% adalah anak-anak anggota pasukan Gerakan Am yang tinggal di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) dan kawasan sekitarnya.
Namun demikian pada tahun 2006 sesi persekolah telah diubah semula kepada dua sesi persekolahan semula iaitu pagi dan petang kerana pihak jabatan mendapati bilangan murid terlalu padat di dalam setiap kelas. Oleh itu pihak jabatan menyarankan agar bilangan kelas ditambah kepada 31 kelas dan bilangan murid tidak melebihi 35 orang satu kelas.
Senarai Guru Besar yang Pernah dan Sedang berkhidmat;
Sejak dibuka pada Tanggal 06 Mei 1968, sekolah ini telah diterajui seramai 10 orang Guru Besar.

1. Tuan Haji Ahmad Fakrur Razi B. Abdullah, AMN, PJK
Mula berkhidmat pada 01 Mei 1968 hingga 03 September 1982.

2. Encik Mohd. Noor B. Mohd. Jamil
Mula berkhidmat pada 01 November 1982 hingga 13 Februari 1987.

3. Tuan Haji Mahmud B. Suhud
Mula berkhidmat pada 14 Februari 1987 hingga 15 Mei 1989.

4. Encik Munit B. Itam Fajar
Mula berkhidmat pada 16 Mei 1989 hingga 14 November 1992.

5. Encik Abu Kassim B. Alias
Mula berkhidmat pada 19 November 1992 hingga 31 Mac 1995.

6. Tuan Haji Abd. Rahim B. Haji Sintek, PJK
Mula berkhidmat pada 25 September 1995 hingga 28 Disember 1995.

7. Encik Amir Abdul Rahman B. Mior Hamzah, PJK
Mula berkhidmat pada 1 Januari 1996 hingga 01 Mei 1997

8. Encik Anuar B. Saad
Mula berkhidmat pada 01 Mei 1997 hingga 18 Oktober 2000

9. Encik Kharuddin B. Omar
Mula berkhidmat pada 18 Oktober 2000 hingga 31 Mac 2008

10. Puan Rosida bt Mohd Sainee
Mula berkhidmat pada 01 April 2008 hingga 15.11.2011

11. Puan Paizah bt Alias
Mula berkhidmat pada 16 Nov. 2011 hingga 31 September 2012

12. Puan Sarifah Norainon bt Syed Kamarudin
Mula berkhidmat pada 01 Oktober 2012 hingga 01 Jun 2015.