Selasa, 7 Februari 2017

PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH

TARIKH: 6 FEBRUARI 2017
HARI: ISNIN
MASA: 7.30 PG
TEMPAT: DEWAN SKPPH

KEHADIRAN :
 1. KPL KAMARUZZAMAN B ABD RAMAN (PPS)
 2. EN ROSLAN B MAT NOH ( PPD KO AKADEMIK )

Program Jom Ke Sekolah merupakan satu program yang di rancang khusus untuk mengukuhkan kerjasama mantap antara pihak sekolah dan PDRM. Kerjasama ini diharap mampu membendung salah laku disiplin dalam kalangan murid daripada berleluasa.

Pegawai Perhubungan Sekolah ( PPS ) akan sentiasa bersedia memberi khidmat kepada pihak sekolah tanpa mengira masa seperti mengumpul maklumat daripada pihak sekolah, melaukan rondaan/ lawatan berjadual dan memberi ceramah berkaitan hal-hal keselamatan sekolah.

keselamatan di sekolah sangat mempengaruhi suasana pembelajaran murid-murid. Oleh itu, adalah diharapkan agar program-program yang dirancang dapat menyemai sikap kesedaran murid-murid terhadap tanggungjawab mereka kepada sekolah dan negara.

SEPINTAS LALU AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN


Tn Guru Besar bersama En Roslan dan En Ahmad Termizi menyambut kehadiran murid-murid ke sekolah.

ketibaan Tetamu Jemputan KPL Kamaruzzaman B Abd Raman ( PPS )

Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Perak dan Sekolah
Bacaan Perutusan Ketua Polis negara





Ikrar Jom Ke Sekolah


Perasmian Program Jom Ke Sekolah dan Pelancaran Peti Aduan Murid oleh Pegawai PPS